Pakar kesihatan sangkal dakwaan tak benar bahawa minum air rebusan bawang putih boleh mengubati novel koronavirus
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 27/03/2020 pukul 05:00
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Pakistan, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Posting Facebook ini telah dikongsi sekurang-kurangnya 11,000 kali sejak ia diterbitkan pada 18 Mac 2020.
Sebahagian kapsyennya menyatakan: "BERITA BAIK??
“Virus Wuhan’s Corona Convid-19 In Shaa Allah boleh diubati dengan sendirinya menggunakan kaedah minum air rebusan bawang putih. Amalan ini dikongsi oleh pegawai perubatan cina dan telah disahkan berkesan sebagai pencegah dari dijangkiti dan mengubati pesakit yang telah dijangkiti Convid-19.
“Ramai pesakit juga telah mencuba dan diakui berkesan.
“RESIPI
“Ketuk lapan (8) ulas bawang putih dan masukkan dalam air sebanyak tujuh (7) cawan. Masak hingga mendidih. Amal minum air rebusan ini dan jangan lupa makan bawang putih yang telah direbus tadi.
In Shaa Allah boleh nampak perubahan dalam satu hari.”
Posting tersebut disertai dengan gambar-gambar bawang putih, bawang putih di dalam periuk dan ais di dalam mangkuk.
Di bawah adalah tangkapan skrin posting yang mengelirukan itu:
Novel koronavirus, atau COVID-19, telah membunuh hampir 21,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 462,000 orang di seluruh dunia sejak penularan wabak itu di Wuhan pada awal Disember 2019, lapor Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 26 Mac 2020.
Posting dengan dakwaan yang serupa telah diterbitkan di Facebook dalam bahasa Malaysia di sini, sini dan sini.
Dakwaan serupa juga muncul dalam bahasa Inggeris di Facebook di sini, sini dan sini; YouTube di sini, sini dan sini; dan Twitter di sini, sini dan sini.
Dakwaan itu tidak benar.
“Tiada bukti saintifik untuk membuktikan dakwaan bahawa air rebusan bawang putih menyembuhkan novel koronavirus dan tidak ada penyelidikan perubatan yang sesuai ke atas subjek ini,” Dr. Wasim Khawaja dari Institut Sains Perubatan Pakistan memberitahu AFP melalui telefon pada 4 Februari 2020.
“Dakwaan di media sosial seperti ini bahawa sayur ini ataupun herba itu menyembuh novel koronavirus adalah mengelirukan dan mereka mungkin berbahaya untuk orang ramai yang mengikuti penawar buatan sendiri ini dan tidak lawat ke hospital untuk ujian dan ini boleh membawa kepada penularan virus jika sesiapa dijangkiti olehnya,” katanya sebagai amaran.
Khawaja menggesa semua orang dengan simptom selsema untuk mendapatkan ujian di pusat kesihatan.
WHO dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah berkata mereka tidak mengesyorkan sebarang ubat atau penawar untuk merawat novel koronavirus.
WHO menyatakan secara khusus di sini bahawa langkah-langkah seperti minum teh herba tradisional tidak berkesan dan bahkan boleh memudaratkan. CDC juga menyatakan di sini bahawa “tiada rawatan antiviral yang disyorkan” untuk jangkitan koronavirus.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami