Rakaman dari klinik vaksinasi koronavirus Israel beredar bersama dakwaan tidak sahih tentang kematian akibat vaksin
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 06/04/2021 pukul 13:25
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Australia, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video tersebut dimuat naikkan di Facebook di sini pada 15 Februari 2021 dan telah ditonton lebih daripada 14,500 kali.
Kapsyennya berbunyi: “Media melaporkan di Israel Mangsa mati selepas 15 minit setelah mengambil vaksin pfizer untuk Covid-19 di israel.
15.02.2021
#Covid_19 ?”.
Video itu telah ditonton lebih daripada 2,500 kali setelah juga disiarkan bersama-sama dakwaan serupa di Facebook di sini dan sini; dan di Twitter di sini.
Ia juga dikongsikan dengan dakwaan yang serupa dalam bahasa Inggeris di Facebook di sini dan sini.
Dakwaan itu tak benar.
Logo-logo yang kelihatan dalam rakaman tersebut menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku di sebuah klinik vaksinasi yang diuruskan oleh Clalit, sebuah organisasi perkhidmatan kesihatan utama di Israel.
Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin jenama Ibrani yang kelihatan dalam rakaman itu (kiri) dan logo rasmi Clalit (kanan):
Seorang wakil organisasi itu mengesahkan bahawa rakaman itu menunjukkan sebuah klinik Clalit dan menafikan bahawa video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang meninggal dunia setelah menerima vaksin Covid-19.
“Video ini menunjukkan seorang pemuda yang datang untuk divaksinasi dan berasa tidak sihat. Seperti yang anda lihat, dia dirawat dengan segera oleh kakitangan perubatan, dan dihantar ke sebuah hospital, dan dia telah diperiksa dan tidak lama kemudian dilepaskan ke rumahnya. Ini BUKAN reaksi alahan terhadap vaksin,” kata wakil itu kepada AFP menerusi Facebook Messenger.
Jawatankuasa Susulan Keberkesanan dan Keselamatan Vaksin untuk Penyakit Koronavirus dari kerajaan Israel juga mengeluarkan laporan mengenai kesan sampingan vaksin di sini pada 1 Mac 2021.
Laporan itu tidak menyebut tentang kematian akibat vaksin. Laporan itu menyatakan bahawa semua kesan sampingan yang disahkan berlaku adalah “kecil dan telah berlalu”.
Di samping itu, tidak ada laporan media yang boleh dipercayai mengenai seorang pemuda yang mati di sebuah klinik Clalit dalam masa 15 minit setelah menerima vaksin Covid-19.
Catatan yang mengelirukan itu tersebar ketika Israel terus memberikan vaksin Covid-19 dengan cepat. Our World in Data melaporkan 117.14 dos vaksinasi untuk setiap 100 orang sehingga 5 April 2021.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami