Video ini menunjukkan sebuah masjid Iraq diserang oleh askar Amerika
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Khamis 18/03/2021 pukul 09:05
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video, yang menunjukkan sebuah menara ditembak berulang kali ketika laungan azan berkumandang di latar belakangnya, dimuat naikkan pada 3 Mac 2021 di sini di TikTok. Video itu telah ditonton melebihi 9 juta kali.
Kapsyennya menyatakan: “Tenterah Israil tembak Menara Msjd Plestin semase Azan dilaungkan Namun menarah tetap Tegap kokoh.??”.
Teks pelekat menunjukkan: “Allahu akbar? / Tengok sampai habis / enterah Israil tembak Menara Msjd Plestin semase Azan dilaungkan Namun menarah tetap Tegap kokoh??”.
Video itu juga dikongsikan dengan dakwaan serupa di sini, sini, sini dan sini di Facebook; serta di sini di Twitter.
Rakaman itu juga muncul dengan dakwaan serupa dalam bahasa Indonesia di YouTube di sini dan sini; serta di Twitter di sini.
Dakwaan itu tak benar.
Gabungan carian gambar terbalik di Yandex, menggunakan keyframes yang diekstrak dengan alat pengesahan digital InVID-WeVerify, dan carian kata kunci di Google dan YouTube, menjumpai video ini dimuat naikkan di saluran YouTube sah milik pembuat filem Michael Moore dari Amerika Syarikat pada 16 Mac 2008.
Diterjemahkan ke bahasa Malaysia, video itu bertajuk “ASKAR MUSIM SEJUK: Askar Marin AS Tembak ke Masjid Tanpa diberangsangkan.”
Perenggan pertama keterangannya berbunyi: “Testimoni Kpl. Jon M. Turner (Syarikat Kilo 3/8, Platun ke-1, Kor Marin AS) pada 15 Mac 2008 termasuk dua video ini yang menunjukkan skuad Turner menembak ke Masjid tanpa diberangsangkan, suatu pelanggaran undang-undang antarabangsa.”
Video tersebut tidak mempunyai laungan azan bermain di latar belakangnya.
Jon Michael Turner merupakan bekas askar marin AS dan veteran perang Iraq.
Dalam video ini, yang dimuat naikkan di saluran YouTube milik sekumpulan veteran anti-perang bernama About Face: Veterans Against the War, Turner bercerita tentang kejadian tembak di Iraq. “Salah seorang dalam syarikat senjata telah ditembak, dan ini adalah cara kami akan mengeluarkan keagresifan kami,” katanya.
Sambil menunjukkan klip serangan ke masjid, Turner berkata: “Tidak ada serangan yang diambil dari masjid itu. Ia ditembak kerana kami marah.”
Testimoni Turner pada bulan Mac 2008 juga dilaporkan oleh SFGate.com dan Democracy Now.
Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin video TikTok yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube asal (kanan), dengan ciri-ciri sepadan dilingkari warna merah oleh AFP:
Struktur masjid yang sama dapat dilihat dalam foto Reuters di sini dan sini, diterbitkan pada 10 Januari 2014, yang mengenal pasti lokasi tersebut sebagai Ramadi, sebuah bandar di pusat Iraq.
Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin video TikTok yang mengelirukan (atas) dan foto Reuters (bawah), dengan ciri-ciri sepadan dibulatkan oleh AFP:
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami