Video ini menunjukkan solat jemaah di Rusia di bulan Ramadan 2019
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Khamis 06/05/2021 pukul 08:20
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video yang menunjukkan umat Islam berdoa pada bulan Ramadan telah dimuat naikkan pada 30 April 2021, dalam catatan Facebook ini, yang telah ditonton lebih daripada 218,000 kali.
Video berdurasi dua minit dan 30 saat itu ialah laporan berita berbahasa Inggeris dari Channel News Asia (CNA), media berasas di Singapura, mengenai perayaan Ramadan di Moscow, Rusia. Rakaman tersebut menunjukkan para jemaah berdoa secara beramai-ramai dan tanpa memakai sebarang topeng muka.
Kapsyennya berbunyi: “Tak ada (pun) sembahyang jarak2 .... di negara Rusia..”
Untuk tahun 2021, di Malaysia dan Singapore, pihak berkuasa tempatan mengehadkan perhimpunan besar-besaran untuk tujuan berdoa mengikut keparahan penularan wabak di kawasan masing-masing.
Video yang sama telah ditonton lebih daripada 160,000 kali setelah dikongsi dengan dakwaan serupa di sini, sini dan sini di Facebook.
Dakwaan itu tak benar.
Carian kata kunci di Google menemui video yang sama disiarkan di sini pada 29 Mei 2019, di akaun YouTube rasmi CNA dengan tajuk “Masjid-masjid di Moscow penuh sehingga melimpah pada bulan Ramadan.”
Diterjemahkan dari bahasa Inggeris, keterangan video tersebut menyatakan: “Moscow mempunyai populasi penduduk Islam yang besar selama ratusan tahun. Ketika bulan suci Ramadan, masjid-masjid di ibu bandar Rusia penuh sehingga melimpah keluar.”
Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin video dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan laporan berita asal CNA (kanan):
Wabak Covid-19 pertama kali dikesan di bandar Wuhan,China pada Disember 2019. Ini adalah maklumat WHO mengenai permulaan wabak novel koronavirus.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami