Video ini sebenarnya menunjukkan latihan keselamatan di bangunan pejabat imigresen Malaysia pada Disember 2019

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Sebuah video telah ditonton ribuan kali setelah dikongsi di Twitter dan YouTube bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan warga Malaysia merempuh pejabat imigresen di Johor selepas Singapura menutup sempadannya dalam usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19. Dakwaan ini tak benar. Pegawai imigresen Malaysia berkata bahawa video tersebut diambil semasa latihan keselamatan tahunan pada Disember 2019. Video itu padan dengan gambar-gambar latihan pengungsian yang diterbitkan pada Disember 2019 oleh polis dan pegawai tempatan. 

Video tersebut telah dimuat naikkan di sini di YouTube pada 9 April 2020.

Video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan sekumpulan besar orang memasuki sebuah bangunan pada waktu malam.
Di bawah adalah tangkapan skrin video yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin video YouTube yang mengelirukan

Tajuk video itu berjudul: “Perkerja Malaysia di Singapore Mengamuk Nak Balik malaysia!” 

Keterangan video tersebut menyatakan: “Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi diluar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai2.”

CIQ JB” merujuk kepada Bangunan Sultan Iskandar, sebuah kompleks kastam, imigresen dan kuarantin dan juga salah satu pintu masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia-Singapura, yang terletak di Johor Bahru. 

Singapura telah menetapkan perintah berkurung (lockdown) selama sebulan, yang dipanggilnya “pemutus litar”, pada 7 April 2020, beberapa minggu selepas Malaysia mengeluarkan “Perintah Kawalan Pergerakan” pada 17 Mac 2020, yang melarang warganya daripada keluar ke luar negara, sebagai sebahagian responnya kepada wabak COVID-19 yang berterusan. Ini dijangka telah menjejaskan sekurang-kurangnya 300,000 warga Malaysia yang membuat perjalanan ke Singapura tiap-tiap hari, membentuk sebahagian besar tenaga kerjanya.

Video itu telah ditonton lebih daripada 2,500 kali setelah ia dikongsi di sini di Twitter, dan di sini dan sini di YouTube.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu tak benar.

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengongsikan video itu dan mengeluarkan kenyataan ini di Facebook pada 10 April 2020 untuk menyangkal dakwaan tersebut. 

Posting Facebook itu menyatakan: “Imigresen Nafi Video Tular Kaitkan Rempuhan Warga Malaysia Di Johor

“Susulan video tular kononnya kejadian rempuhan warga negara Malaysia yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah tidak benar.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan media menjelaskan, video berkenaan adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilaksanakan pada 18 Disember 2019.

“JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.”

JIM juga mengeluarkan kenyataan lain di Facebook di sini pada 10 April 2020 dengan gambar-gambar yang dikatakan menunjukkan “situasi semasa lewat malam 9 April 2020” di BSI. 

AFP telah membuat beberapa carian kata kunci pada saluran media sosial JIM dan menemui posting Instagram ini yang diterbitkan pada 19 Disember 2019 mengenai sebuah “latihan pengungsian bangunan” di BSI.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Latihan Pengungsian Bangunan Sultan Iskandar & JB Sentral Johor Bahru pada hari Rabu 18 Disember 2019 diantara jam 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

A post shared by Jabatan Imigresen Malaysia (@imigresen) on

Sebahagiannya menyatakan: “Program latihan pengungsian ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan bagi memastikan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sentiasa berada di dalam keadaan siapsaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.”

Carian kata kunci lanjut di Facebook menjumpai foto album di akaun pasukan komunikasi korporat Pejabat Imigresen di sini dan Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, termasuk gambar-gambar latihan pengungsian bangunan, kedua-duanya diterbitkan pada 19 Disember 2019.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura juga mengeluarkan nasihat ini di laman Facebooknya pada 17 Disember 2019 mengenai latihan keselamatan terancang itu, dengan menasihati para pelancong untuk menggunakan pintu masuk alternatif untuk durasi latihan itu.

COVID-19