Video yang mempunyai sari kata salah ini menunjukkan ucapan Putin semasa perarakan tentera pada tahun 2016

Hak cipta AFP 2017-2022. Semua hak cipta terpelihara.

Video Presiden Rusia Vladimir Putin memberi ucapan umum beredar di pelbagai hantaran media sosial pada Mac 2022, dengan sari kata bahasa Inggeris yang kononnya menunjukkan Putin mengkritik pemimpin dunia kerana "rancangan jahat" mereka untuk "menghapuskan penduduk dunia". Tuntutan itu palsu: sari kata adalah rekaan dan tidak sepadan dengan ucapan sebenarnya Putin. Video asal menunjukkan Putin bercakap semasa perarakan tentera pada 2016.

Video berdurasi satu minit dan 19 saat itu diterbitkan di Facebook di sini pada 13 Mac 2022.

Video itu menunjukkan Presiden Rusia Vladimir Putin bercakap, bersama tulisan terjemahan ucapan beliau dalam bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Tulisan berbahasa Inggeris yang ditindih di bahagian atas video berbunyi:

Tangkapan skrin catatan menyesatkan, diambil pada 31 Mac 2022

Kapsyen catatan berkenaan bertulis: “Ucapan Vladimir Putin dituju kepada semua mengenai rencana jahat kuasa kuasa besar( pengurangan penduduk dunia... dengar ini Malaysian... depopulasi adalah konspirasi asli bukan teori) dan rencana ini dilakukan melalui pemimpin pemimpin dunia. / Semoga Putin mendedahkan lagi . / Esp: Amerika dan Europe (Nato)".

Video itu dimuat naikkan bersama dakwaan serupa di Facebook di sini dan di sini.

Ia juga dikongsi di Twitter dan TikTok, di mana video itu mendapat tontonan lebih daripada 370 kali.

Rakaman itu juga sudah beredar dengan dakwaan dalam bahasa Mandarin dan dalam bahasa Sepanyol sejak tahun 2017.

Video itu kembali dikongsi susulan kritikan terhadap Putin selepas Rusia melancarkan serangan di Ukraine pada lewat Februari 2022.

Namun bagaimanapun, tuntutan itu palsu.

Carian kata kunci di Google mendapati siaran akhbar ini diterbitkan oleh laman web rasmi Presiden Rusia pada 9 Mei 2016.

Diterjemahkan dari bahasa Inggeris, artikel itu bertajuk: "Perarakan Tentera di Dataran Merah

"Vladimir Putin menghadiri perarakan tentera untuk menandakan ulang tahun ke-71 Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar 1941-1945."

Beberapa bahagian dapat dikenal pasti menerusi video yang dikongsi dalam artikel itu.

Video itu diberi kapsyen: "Ucapan di perarakan Hari Kemenangan".

Sari kata bahasa Inggeris tidak sepadan dengan ucapan sebenar Putin dalam video, yang sebenarnya menunjukkan Putin bercakap semasa perarakan tentera pada 2016.

Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin antara video di catatan mengelirukan (kiri) dan video asli di laman web rasmi Presiden Rusia (kanan):

Perbandingan tangkapan skrin antara video di catatan mengelirukan (kiri) dan video asli di laman web rasmi Presiden Rusia (kanan)

Ucapan Putin juga disertakan dalam artikel itu, yang tidak menyebut tentang kritikan terhadap pemimpin dunia.

Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris, perenggan kedua dalam ucapan Putin bertulis: "Tahniah pada Hari Kemenangan! Detik di mana kegembiraan, ingatan dan kesedihan bergabung. 9 Mei adalah cuti umum dan percutian keluarga yang begitu peribadi. Ia menjadi simbol hubungan suci antara Rusia dan rakyatnya. Di dalam perpaduan dan kesetiaan kepada Tanah Air inilah terletak kekuatan, keyakinan dan maruah kita."

Berikut adalah tangkapan skrin sebahagian daripada ucapan Putin yang dimuat naik di laman web rasmi Presiden Rusia:

Tangkapan skrin sebahagian daripada ucapan Putin yang dimuat naik di laman web Presiden Rusia

Ucapan umum Putin di perarakan Hari Kemenangan tahun 2016 juga boleh dilihat di laporan CGTN, media kerajaan China, di sini.

Video yang sama turut disangkal oleh laman semakan fakta Sepanyol Maldita.es di sini.

Ukraine conflict