Vaksin

Rakaman prop filem dan klip suntikan selesema digunakan untuk membuat dakwaan tidak sahih tentang vaksinasi Covid-19

Diterbitkan pada 19/01/2021 pukul 03:55

Satu video telah ditonton ribuan kali di Facebook, Twitter dan YouTube bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan seorang lelaki menjelaskan bagaimana picagari boleh retrak digunakan untuk mementaskan vaksinasi Covid-19 pemimpin dunia. Dakwaan itu tak benar. Rakaman picagari boleh retrak telah diambil dari akaun TikTok seorang prop master filem. Dua klip lain yang digunakan dalam video yang mengelirukan itu sebenarnya menunjukkan tokoh masyarakat mendapat vaksin selesema pada tahun 2019.