COVID-19

Kerajaan Thailand tolak laporan palsu bahawa mereka 'akan larang vaksin Covid Pfizer’

Dikemas kini pada 24/02/2023 pukul 04:13

Artikel dan catatan media sosial palsu dalam pelbagai bahasa mendakwa Thailand akan menghentikan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 selepas Puteri Bajrakitiyabha Mahidol jatuh tidak sedarkan diri. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Awam dan pejabat kesihatan Thailand berkata tiada perubahan pada dasar vaksin kerajaan itu, setakat 9 Februari 2023. Doktor diraja berkata puteri itu jatuh sakit akibat jangkitan mikoplasma. Hingga 21 Februari 2023, tiada maklumat rasmi diumumkan kerajaan Thailand mengenai perubahan kontrak vaksin Pfizer di negara itu.